Assalamualaikum.
Hari ni aku nak share pasal percutian keluarga kecil kami ke Langkawi pada bulan September yg lepas. Ini adalah kali pertama kami nak bawak baby naik flight. Waktu ni baby AM umur 9 bulan. Memang berdebar debar la cerita dia nak bawak naik flight. Macam macam aku fikir. Takut dia nangis, takut dia sakit telinga, takut dia tak selesa. Feeling mak mak sangat.
Flight kami pukul 9.05pm dekat KLIA2. Disebabkan kami ada infant so tak boleh buat web check in. Kena check in di KLIA2. Suamiku yang balik lambat dari ofis malam tu menyebabkan pukul 715pm baru la kami bergerak ke KLIA2. Dengan jalan jem nya. Memang berzikir aku dalam kereta. Tanda tanda terlepas flight dah nampak dah ni. Dah la luggage tak check in lagi. Nak marah pon suamiku kerja. Redha jela akak.
Akhirnya kami sampai KLIA2 dalam pukul 830pm. Luggage memang tak sempat lah check in. Orang je boleh check in. Suamiku memang insist juga untuk check in luggage tp ground staff tu tak bagi. Dia minta beli tiket baru. As usual AirAsia. Lepas tu dia check flight untuk hari tu dah tak ada. So dia mintak kami pergi dekat supervisor dia. Dari satu kaunter ke satu kaunter, akhirnya kami sampai dekat staff di gate nak masuk. Staff ni memang baik sangat. Tak sempat tengok nama. Dia berlari lari nak tolong settlekan pasal luggage ni. Akhirnya dia panggil kami pergi satu kaunter ni. Dengar orang dekat kaunter tu call staff dkt dalam. Flight delay rupanya. Tak sampai pon lagi. Huhhhh. So dia suruh kami bawak luggage sampai dalam nanti pass dkt steward.
Selamat lah kami check in tak payah beli tiket baru. Barulah muka akak ada senyum dekat suami. Ampung sayang. hahaha. Akhirnya flight sampai dlm pukul 930 kot. Yang penting lama la juga kami tunggu sempat selfie semua lagi. Hehehe. Alhamdulillah baby AM pon behave sangat. Dia teruja naik flight kot. Banyak betul bercakap atas tu. Sampai Langkawi rasanya dekat pukul 11pm dah. Kereta sewa dah tunggu. Kami dapat sewa kereta Myvi Auto dengan harga RM55/hari. Agak murah juga rasanya ni. Dah habis survey dah tempat lain semua mahal.
Dapat kereta terus pusing cari stesen minyak dan kedai makan. Lapar betul. Dalam pukul 1230am barulah kami check in di Adya Hotel. Best sangat Adya Hotel ni. Breakfast variety banyak sangat. Hari hari teruja nak pergi breakfast. Hahaha.Swimming pool muslimah pon besar. Memang recommended. Staff pon baik baik semuanya.
Eh sambung lagi. Lepas sampai hotel bersihkan diri kami pon tidurlah. Letih betul mengharungi pelbagai dugaan nak sampai ke Langkawi ni. Hahaha
Sambung nanti plak ye untuk aktiviti hari kedua.
Tadaa. Till next time :D
No comments:
Post a Comment